Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Monday, February 23, 2015

AKAL

Imam Ghazali di dalam kitabnya 'Ihya Ulumuddin', mendefinisikan akal sebagai sumber ilmu, tempat timbul, dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku daripada akal sebagaimana berlakunya buah-buahan daripada pohon kayu, sinar dari matahari dan penglihatan daripada mata. Akal juga sering ditakrifkan sebagai alat perubahan berfikir, menimbang buruk baik, atau merasakan segala perubahan keadaan, sehingga dapat mengambil manfaat daripadanya. Tegasnya, akal ialah nur (cahaya) yang dibekalkan oleh Tuhan kepada manusia.  

Akal ialah satu senjata atau kekuatan pemberian Allah yang amat berharga kepada setiap insan. Antara seluruh makhluk ciptaan Allah, manusialah golongan yang paling sempurna, terindah, terbaik, serta terhormat sekalipun manusia bukan makhluk yang terbesar atau tertinggi. Hal ini diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud:

  "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan." (Surah At-Tiin, ayat 4) 

Dengan dibantu oleh pancaindera yang lima, akal dapat membezakan antara hitam dan putih, tinggi dan rendah, buruk dan baik, merugikan dan menguntungkan, yang merosak atau membaiki, dan sebagainya. Bahkan, dengan akal itu manusia telah berjaya mencipta alat-alat moden yang mengagumkan.

Fungsi dan Peranan Akal
Fungsi utama akal adalah untuk mengenal Tuhan-Nya, memerhatikan segala kekuasaan-Nya, melihat segala keindahan alam serta kebesaran kudrat-Nya supaya dapat menyingkap perkara yang tersembunyi di sebalik rahsia-rahsia itu. Fungsi ini selaras dengan penegasan yang pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

  "Akal itu terbahagi kepada tiga bahagian, sebahagian untuk mengenal Allah, sebahagian untuk taat kepada Allah, dan sebahagian lagi untuk sabar (dapat menahan hati) daripada maksiat akan Allah".

Dalam ajaran Islam, mempergunakan akal, menakluk alam, atau menyelidik segala perkara, bukanlah tujuan kepada perkara itu sahaja tetapi supaya kita ingat bahawa di sebalik perkara yang terlihat itu ada kuasa yang ghaib. Di sebalik hidup sekarang ada lagi suatu kehidupan yang lebih kekal. Rasulullah s.a.w. juga pernah mengingatkan manusia supaya menggunakan akal dan fikiran seperti dalam sabdanya yang bermaksud:

  "Wahai manusia! Gunakanlah akal untuk mengenal Tuhanmu! Nasihat-menasihatilah dengan menggunakan akal, nescaya kamu ketahui perkara yang diperintahkan kepadamu dan perkara yang dilarang. Ketahuilah bahawa akal itu menolong kamu di sisi Tuhan mu. Ketahuilah bahawa orang yang berakal ialah orang yang mentaati Allah. Meskipun mukanya cantik, dia orang besar, kedudukannya mulia, bentuknya bagus, lancar dan pandai berbicara, beruk dan khinzir lebih berakal di sisi Allah daripada orang yang menderhakai-Nya".

Al-Quran sentiasa menyeru kaum Muslimin supaya berfikir dan merenung. Seruan ini terdapat di dalam kebanyakan surah. Lapangan yang paling bagus yang boleh diteroka oleh akal manusia ialah kejadian langit dan bumi. Lapangan inilah yang sering disuruh kita memikirkannya. Allah berfirman yang bermaksud:


  "Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang menjadi keterangan bagi orang yang mengerti, yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk, ketika berbaring, dan memikirkan tentang kejadian langit dan bumi". (Surah Al-Imran, ayat 190-191).
Nikmat dan Syukur

Sebenarnya, akal ialah sebesar-besar nikmat dan kurnia yang diberikan Tuhan kepada manusia kerana akal itu akan melindungi dan memeliharanya daripada segala bahaya dan mala petaka yang akan mencelakakannya. Dengan akal, manusia akan takut kebesaran Allah, lalu menahan jiwanya daripada menurut nafsu, sehingga dia dijanjikan tempat di syurga.

Tetapi jika jiwanya dikuasai oleh keinginan yang jahat sehingga pemikirannya dibelit oleh telunjuk nafsu dan syahwat, maka sesungguhnya tempat yang disediakan untuknya ialah neraka Jahanam. Allah telah mengancam akan menyeksa mereka yang lalai dan tidak menggunakan pemikiran untuk mengenal Tuhan dan melihat kekuasan-Nya, lalu dia sesat dan terjerumus dalam pelbagai kesalahan dengan pilihannya sendiri.

Hal ini disebabkan ilmu yang paling tinggi ialah mengenal Tuhan dengan sebenar-benarnya membawa kepada tahap keyakinan yang disebut sebagai haqq al-yaqin. Tetapi tidak ramai orang yang menyedarinya, malah bertindak membelakangi jalan yang selamat dengan memandang ringan nikmat akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepadanya. Dia lebih suka tinggal dalam kejahilan. Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud:

  "Kami beri mereka telinga, mata, dan hati tetapi telinga, mata, dan hati mereka itu tiada berguna kepada mereka barang sedikit pun." (Surah Al-Ahqaf, 26)

Allah s.w.t. telah membezakan antara seorang pemikir yang menggunakan fikirannya untuk berfikir dan meneliti dengan seorang yang lalai dan bodoh yang mengetahui dan memerhatikan.

Yang pertama, Tuhan menyifatkannya sebagai seorang yang celik dan yang kedua sebagai seorang yang buta, lalu Allah telah berfirman yang bermaksud:

  "Katakanlah, adakah sama si buta dengan si celik, tidaklah kamu mahu berfikir." (Surah-Al- An'am, 50).

Alangkah tepat sekali diskripsi terhadap orang yang berfikir iaitu sebagai seorang yang celik dan melihat segala sesuatu dengan penuh pengertian. Justeru, dapat dikatakan bahawa pemikiran ialah jalan untuk mencari kefahaman, penelitian dan kesahihan. Tuntutan Allah s.w.t. supaya ilmu dan fikiran manusia diintegrasikan dengan keimanan terhadap Allah s.w.t. supaya membolehkan orang yang berilmu, ahli sarjana, pemikir, ahli sains, cendekiawan, ilmuwan, dan ulama membangunkan masyarakat serta alam sekitarnya sebagai usaha pengabdiannya kepada Allah s.w.t.

Setelah kita mengetahui kepentingan dan kedudukan fungsi akal, maka menjadi tanggungjawab setiap insan untuk memelihara akal itu. Agama Islam menyuruh umatnya menjauhi dan meninggalkan segala makanan, minuman, dan perbuatan yang boleh merosakkan akal. Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan dan makan makanan yang merosakkan kesihatan. Islam telah menerangkan cara seharusnya mengunakan waktu supaya tidak menyalahi tabii hidupnya.

Hal ini kerana, orang yang menggunakan waktu bukan pada tempatnya akan merosakkan akal fikirannya seperti orang yang selalu berjaga malam atau banyak tidur pada waktu siang. Kesimpulannya, Allah telah meletakkan akal itu di tempat yang mulia dan mengingatkan manusia supaya tidak berbuat sesuatu, melainkan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat. Rasulullah sendiri pernah bertanya kepada Jibrail a.s.:

  "Apakah yang mulia? Jibrail a.s.s menjawab: "Akal". Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menjaga kelebihan dan fungsi akal sebagai tanda orang yang bersyukur terhadap nikmat-Nya.

Akal yang selamat menurut Islam
Sebelum kedatangan Islam, sebelum lahirnya RSAW manusia terlalu memuja nafsu dan akal, dari orang besar, orang biasa sangat bertuhankan nafsu. Orang cerdik pandai bertuhankan nafsu dan akal. Sebab itu sebelum lahirnya Rsaw, sebelum lahirnya Islam orang cerdik pandai ini terutama berlaku di Rom dan Parsi, lahir ahli2 falsafah atau filosof2 seperti : Aristoteles, Socrates, Plato. Mereka ini sangat menggunakan akal fikiran, mereka ini menganggap akal fikiran itu Tuhan. Mereka sangat membesarkan akal, mereka menggunakan akal untuk menentukan baik buruknya sesuatu hal atau perkara. Itu bagi orang yg cerdik2. Tapi bagi orang2 biasa, orang bawah, mereka banyak menggunakan nafsu.
Waktu itu banyak lahir ahli2 falsafah, terutamanya orang2 Eropah, dimana falsafahnya sangat bersifat teori dan utopia, tak bersandar ke langit dan tak berpijak di bumi. Di zaman moden ini dari orang2 Eropah lahir ahli2 falsafah juga tapi agak berpijak ke bumi, lahir saintis2 yaitu ahli2 sains. Teori2 dari ahli2 sains ini sebagiannya dapat diamalkan, dimanfaatkan oleh manusia. Tidak seperti sebelum Islam dulu ahli falsafah, dimana falsafahnya bersifat teori dan utopia. Nampaknya Filosof2 dahulu kalau dikaitkan dengan Islam tak begitu bahaya. Kecuali orang yg bukan Islam. Tapi bila sampai zaman moden lahirnya filosof yg berpijak di bumi yaitu ahli sains, apa yg diterokai dapat dibuktikan dan dimanfaatkan manusia. Satu segi manusia dapat manfaat, orang Islam pun dapat manfaat sama. Tapi dari sudut lain sangat halus bahayanya bagi umat Islam. Kerana sains itu dapat sangat memberi manfaat pada manusia termasuk umat Islam maka falsafah ini sangat mempengaruhi umat Islam. Kalau tidak berhati2 sangat merusakkan aqidah umat Islam.

Memang dalam ajaran Islam, tidak menolak sama sekali akal. Tuhan pun banyak menyebut dalam Qur’an : “Mengapa kamu tak gunakan akal”, “Mengapa kamu tak berfikir”. Itu menunjukkan Islam menyuruh manusia guna akal juga. Tapi kalau tak berhati2, akal itu diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, tak bertunjangkan iman, mungkin boleh membawa pada syirik, syirik moden. Kalau sembah berhala, sembah patung, itu syirik kuno. Ulama2 pun paham memang itulah ilmunya. Tapi syirik moden, ulama2, ustaz2 tak paham. Padahal syirik moden ini umat Islam sudah terperangkap. Tapi ulama2 tak paham jadi mereka anggap itu tak syirik, tak sesat. Ulama2 sekarang hanya nampak syirik kuno sahaja.

Apa jalan keluar bagi umat Islam, tidak menolak akal, dapat menggunakan akal dan selamat, tak syirik. Jangan pula takut sangat dengan falsafah, langsung akal ditutup. Umat Islam nanti jadi jumud, jadi beku. Tapi kalau akal dibesarkan sangat ataupun diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, nanti jadi syirik. Apakah jalan selamat bagi kita umat Islam menggunakan akal tapi Islam juga dapat dipertahankan? Kita akan bahaskan secara falsafah.

Bagi umat Islam yg tak dapat elak gunakan akal, supaya dia amalkan ajaran Islam itu maju, terbuka, tak jumud, kalau kita hendak gunakan akal, hendak jadi filosof atau minat dengan falsafah ada beberapa syarat atau panduan yg kita kena tempuh :

  1. 1.      Fahami dan kena mahir tentang tauhid, syariat dan akhlak
Siapa yg ada akal, hendak menggunakan akal secara semaksimum mungkin, mesti mendalami Islam dulu samada usuluddin, syariat atau ilmu akhlak. Supaya kita mahir dan faham tentang pantang larang dalam hal tauhid, feqah, dan akhlak. Ini sebagai neraca untuk dapat kita mengimbangi ilmu falsafah. Supaya kita gunakan falsafah, gunakan akal tak tersesat. Kalau 3 hal ini tak faham, tak selesai maka kita akan rusak. Akal akan jadi Tuhan.

  1. 2.      Fahami bahwa akal itu mahkluk, akal itu lemah
Mesti kita faham akal itu mahkluk. Bila dikatakan mahkluk, ia ciptaan Tuhan. Bila ciptaan tuhan artinya bukan Tuhan. Kalau dia bukan Tuhan, Allah itu Tuhan, takkan setanding. Takkankita samakan akal dengan Allah. Kalau begitu akal itu lemah. Yg tak lemah itu Tuhan, Allah. Kalau lupakan bahwa akal itu lemah, manusia akan rusak.

  1. 3.      Fahami bahwa kemampuan akal terbatas
Rupanya akal itu kalau ibarat lautan nampak tak bertepi. Itu menurut mata lahir. Yg sebenarnya akal itu bertepi, Cuma mata lahir tak nampak. Kalau orang yang puja akal, dia anggap akal itu luas tak bertepi. Sebenarnya akal itu bertepi seperti laut. Ibarat laut ada tepi, tapi mata tak nampak. Kalau ada tepi mestilah ada border. Kalau orang yg pakar laut. Agak2 dapatkah dia teroka laut semua? Tentu tidak. Sudahlah laut itu bertepi, kalau teroka pun dapat kerang dapat ikan sahaja, tak semua khazanah laut dapat. Sudahlah laut itu sempit, yg didapat juga lagilah sempit. Jadi kalau begitu, kalau laut itu bertepi, orang pakar laut cari khazanah lautpun dapat sikit. Begitu juga orang yang guna akal. Sudahlah akal itu bertepi, kalau orang guna akal sahaja pun dapatlah sedikit. Boleh hanya dapat ikan dan kerang sahaja. Jadi akal sudahlah bertepi, gunakan akal sahaja, sikit sahaja boleh dapat. Jadi tak mungkin manusia boleh bertuhankan akal, tak mungkin manusia dapat gunakan akal untuk tentukan mana yang baik dan mana yang tak baik.

  1. 4.      Konsep ‘sebab akibat’ bercanggah dengan konsep Islam
Mengikut sistem akal, atau sistem ilmu falsafah, untuk menentukan betul atau tidak, melalui sistem ‘sebab dan akibat.’ Bila ada sebab ada akibat. Bila lahirkan sebab ada natijahnya. Bila lahirkan sebab ada hasilnya. Itulah dia konsep sebab dan akibat. Inilah yg dipakai ilmu falsafah, bila ada sebab ada akibat. Contoh :
  • bila orang itu jaga badan, makan obat, exercise selalu, makan benda yg berzat, makan ikut time untuk jaga kesehatan. Akibatnya tentu jawabannya sehat. Tapi realitinya banyak orang tak sehat. Berapa orang yg jaga kesehatan tapi tak sehat. Nampaknya teori falsafah itu ternafi, sistem itu ternafikan.
  • orang yg rajin belajar baca buku mutolaah, tok gurunya pun mendampinginya. Itu sebab. Akibatnya pandai. Tapi berapa banyak yg tak pandai. Cuma biasanya pandai. Tapi tak mutlak, sistem ternafi. Sistem sebab akibat itu bukan Tuhan, bukan penentu. Jadi kalau kita ceritakan sebab lalu dia mesti jadi begian, sebenarnya tidak.
  • yg banyak bekerja adatnya kaya. Tapi kenyataannya berapa orang gigih bekerja tapi tak kaya.

Kalau begitu nampak oleh kita usaha itu seolah2 kita ada daya, seolah2 itu perbuatan kita. Padahal tidak demikian. Tuhanlah yg tentukan. Sebab usaha itu juga Tuhan yg tentukan. Sebab itu ada yg gagal ada yg berjaya. Kita fikir usaha kita dan tenaga kita dan hasil nya dari kemampuan kita. Sebenarnya bukan begitu. Yg sebenarnya usaha itu sendiri Tuhan yg aturkan. Sebab itu ada yg berjaya ada yg tak. Kdg2 ada yg usaha sikit, kaya, yg usaha banyak papa. Itu menunjukan usaha itupun dari Tuhan. Kita rasa manusia ada daya. Sebab itu usaha itu tak mutlak, ada yg berjaya ada yg tak berjaya. Sebab itu menurut keyakinan umat Islam, Tuhan suruh usaha yg halal dengan niat kerana Tuhan, untuk diberi pahala oleh Tuhan. Bukan untuk hasil. Bukan usaha itu mutlak dapat hasil 100%. Tuhan suruh itu untuk dapat pahala sahaja. Jadi artinya usaha dan keupayaan itu dari Tuhan. Contoh, walaupun seorang ingin sangat berusaha, tapi kerana dia sakit, maka dia tak boleh buat usaha. Jadi ada waktu2 usaha kalau Tuhan tak bagipun kita tak boleh buat.

  1. 5.      Taqwa adalah usaha bersifat maknawi
Disinilah Tuhan menetapkan kita usaha untuk lahirkan sebab. Walaupun gigih sampai tak tidur malam, usaha lahir bernilai 10%. Taqwa itu kebanyakan umat Islam tak anggap sebagai usaha. Tapi disisi Tuhan taqwa adalah usaha yg bersifat maknawi, bersifat tesirat, bernilai 90%. Gabungkan dengan usaha 10% supaya jangan tak guna akal langsung supaya umat Islam tak jadi beku. Tapi Umat Islam tak anggap taqwa itu usaha, Ulama pun kata bukan usaha. Ulama pun sudah jahil, dia anggap hanya guna tangan itu usaha. Taqwa adalah usaha maknawi rohaniah yang mendatangkan bantuan besar dari Tuhan. Kalau usaha lahir mana boleh lawan Amerika. Yg 90% dia sudah buang, tinggal 10%, bagaimana boleh dapat kejayaan?

  1. 6.      Bersandar hanya dengan akal, menjadikan manusia tak tahan uji
Samada ahli falsafah kuno maupun moden, ahli sains yg gunakan aqal sahaja, ertinya tak bermasyarakat tapi orang tak pernah komen tak mainstream tapi kerana di puja orang tak cacatlah, sebenarnya mereka duduk sahaja guna aqal. Apa terjadi? ahli sains sudah lah tak mainstream, dia gunakan akal, dia anggap hidup tak ada ujian, dia anggap bila guna akal, aqal dapat ditajamkan, semua boleh selesai dengan akalnya. Tapi dia tak fikir dalam hidup ini ada ujian2. Kadang2 sakit, kadang2 orang kata, kadang2 bencana alam, dll. Bila bencana alam, dia akan gunakan aqal untuk fikir bagaimana supaya baik, bila sakit dia fikir bagaimana supaya baik. Fikir, duduk termenung sahaja (tak bertindak, tak cari obat) sebab itu banyak ahli falsafah akhirnya jadi bodoh, akhirnya kecewa berhadapan dgn keadaan, akhirnya putus asa, bunuh diri.

Jadi itulah panduannya, ilmu ini umat Islam mesti ada terutama ulama, kalau ada ilmu/panduan2 ini, bila umat Islam gunakan aqal sangat cantik. Dia akan jadi progresif tapi tak syirik dengan Tuhan, tapi hari ini ulama2 pun apa2 hal gunakan aqal, hal dadah pun gunakan aqal, timbul isu kondom, jarum, seolah2 aqal adalah segala2nya boleh selesaikan masalah.
Peranan Wahyu
Wahyu adalah petunjuk daripada Allah yang diturunkan atau diwasilahkan melalui para Nabi dan Rasul-Nya. Ia menjadi panduan yang hadir daripada Allah buat hamba-hamba-Nya.
Namun, walaupun wahyu itu nyata telah tersebar dan disampaikan oleh para utusan-Nya, manusia tetap ingkar dan alpa kerana ada musuh kepada wahyu yang disampaikan, iaitu nafs dan syaitan. Tanpa kedua-dua ancaman ini,  sudah tentu semua manusia taat kepada Allah tanpa seseorang pun yang melanggar perintah-Nya. Tetapi, inilah hakikat penciptaan dunia, tempat menguji siapakah yang layak mendiami kampung akhirat yang kekal abadi.
Sesiapa yang tidak menurut nafsu dan syaitan maka merekalah yang layak itu syurga Allah. Sesiapa yang sentiasa menjadi hamba kepada nafsu dan syaitan, nantikan sahaja azab dari neraka Allah.
Nauzubilliminzalik.
Kini, peranan wahyu telah berakhir setelah kewafatan Baginda Nabi s.a.w. Wahyu tidak lagi disampaikan kepada setiap permasalahan umat manusia tetapi Nabi s.a.w telah mewariskan dua perkara yang nyata bertepatan dengan peranan penyampaian wahyu dari Ilahi. Iaitu al-Qur’an dan Hadith Nabi s.a.w. Jadikanlah ia rujukan sepanjang zaman. Jika tidak, manusia pasti akan tersesat dan menyimpang dari jalan kebenaran selama-lamanya.
Peranan Akal
Akal adalah buah yang menjadikan manusia ini indah di mata dunia. Tanpa penciptaan akal, antara manusia dengan haiwan adalah tiada bezanya, malah lebih buruk lagi daripada itu.
Peranan akal untuk berfikir dan menilai akan sesuatu perkara yang terjadi. Sebaik-baik peranan akal adalah kembali merenung akan terciptanya setiap kejadian seperti langit dan bumi, bulan dan bintang, matahari, galaksi, dan sebagainya lagi. Apabila benar-benar merenung akan betapa indah, hebat, dan takjubnya setiap yang berputar, bergerak, berfungsi, dan menjalankan tugas masing-masing, akan terasa betapa lemahnya manusia yang tidak mampu mencipta dan bergerakkan reka ciptanya seperti pergerakan alam ini. Hinggalah ke suatu tahap, akan merasakan betapa hebat dan besarnya keAgungan Allah sebagai yang Maha Pencipta sekalian alam ini, dari langit ke bumi.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.”         (Ali Imran:190)
Namun, setiap yang diciptakan ada had atau batanya. Akal jua ada batasannya. Peranan akal perlu berpandukan kepada wahyu, sekiranya tidak, ia hanya menurut nafsu dan syaitan, yang mengakibatkan melampaui batas sehingga sesat dan menyesatkan.
Tarikat dan Kesesatan.
Dalam banyak rujukan akan kesesatan yang berlaku dalam gerakan tarikat atau mereka yang menceburi keilmuan tasawuf, mereka lebih memahami konsep kerohanian dan ketuhanan berdasarkan teori fikiran dan bukannya berdasarkan pengalaman dan peranan wahyu yang paling utama untuk dijadikan sebagai landasan.
Banyak kesesatan dalam tarikat berlaku apabila mereka meletakkan akal untuk menyatakan pendirian mereka. Lebih mudah faham, mereka meliht kewujudan Allah dan alam kerohanian secara perumpamaan dan teori berdasarkan apa yang difikirkan.
Apabila berlakunya perkara seperti ini, sedar atau tidak, syaitan laknatullah telah mengambil peranan untuk mereka berfikir secara logikal dan hanya melihat dalam suatu andaian. Andaian ini dilihat menjadi sempurna apabila jiwa mereka merasakan sebati atau saling melengkapi berdasarkan tamsilan yang telah dilakukan.
Terciptalah istilah intiqal, ittihad, hulul, dan ittisal. Mudahnya, intiqal ialah berpindah wujud Allah kepada wujud makhluk seperti pindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Ittihad, iaitu wujud Allah dengan wujudnya makhluk, seperti emas dan tembaga menjadi suasa. Hulul, iaitu wujud Allah dalam wujud makhluk seperti air masuk ke dalam kendi. Ittisal, iaitu saling hubungan wujud Allah dengan wujud makhluk  seperti manusia dengan anggotanya.
Keempat-empat perkara ini telah sesat dan menyesatkan. Apabila akal berfikir melampaui batas, maka kesesatan akan terjadi. Malah, tiada dalil naqli yang menyokong dan tiada ulama’ tasawuf yang berpegang kepada al-Qur’an dan Hadith berdasarkan dalam syariat yang menjadikan istilah ini benar dalam konsep ketuhanan dan alam kerohanian.
Syaikh Abu Hafs Suhruardy, dalam kitabnya ‘Awarif al-Ma’arif berkata:
“Setiap hakikat yang disanggah oleh syariat maka ia zindik (sesat).”
Imam Abu al-Qasim al-Qusyairi berkata:
“Tiap-tiap hakikat yang tidak berkaitan dengan syariat maka ia tidak berhasil.”
Syaikh Abu al-Husain al-Nuri berkata:
“Barangsiapa yang anda lihat mendakwa berserta Allah suatu hal yang mengeluarkannya dari ketentuan (batas) ilmu syariat, maka janganlah sekali-kali anda mendekatinya.”
-amaran: sekiranya tidak difahami, jangan pening-pening dan fikir bukan-bukan. Nanti tersesat sendiri. Istighfar, dan zikir kepada Allah mohon dikembalikan ketenangan. Insya-Allah


Thursday, May 15, 2014

CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00


Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
selamat mencuba, SHARE n LIKE utk SAHABAT anda 

Tuesday, April 15, 2014

MH370 : Malaysia Ditipu? Tertipu? Atau Sengaja Ditipu?


Penduduk di Maldives telah menjumpai objek yang dikatakan sebagai bom dimana kalau dilihat adalah sebahagian daripada objek dari pesawat. Mereka pernah melihat kapal terbang dengan jalur seakan pesawat MAS terbang rendah di kawasan itu akan tetapi dinafikan.

Adakah pesawat disorokkan oleh mereka (pihak tertentu ) dan kemudian mereka memberitahu Malaysia bahawa ianya telah hilang dengan gula-gula coklat hacks data setelit yang hanya mereka je boleh
tipu sebab data tu diaorang je boleh pantau dan keluarkan. Semua tu tak boleh dijawap selagi tak jumpa apapapun bangkai pesawat. Kenapa nak cakap penumpang semua dah mati?. Perdana menteri pun tak keluarkan kenyataan tu. Media je sibuk dengan takziah kehilangan, RIP lah padahal jumpa pesawat belum lagi. Kalau dah jumpa bangkai pesawat barulah boleh nak cakap RIP lah, apalah..yang penting cari dulu bukti terhempas baru boleh kuar kenyataan. jangan dengar cakap negara luar yang monopoli nak jatuhkan negara islam ni. selagi diaorang tak dapat kawal perairan negara selagi tu lah benda ni berlaku.

Mereka kuasa besar dah dapat kuasai banyak perairan di dunia ni cuma asia tenggara je belum sepenuhnya. rasanya tulah agenda mereka nak tau kekuatan tentera, berapa radar tentera kita ada, jumlah alat ketenteraan kita ada, bagaimana kita nak guna alat ini bila kecemasan atau darurat. So kalau berperang, senang dah tau dah kekuatan yang kita ada. Kenapa kita malaysia nak dengar cakap US ke UK ke. Padahal diaorg dari dulu dah pasang spy intip gerak geri pemimpin kita sendiri?.kita lagi dengar cakap mereka tu. kita ada bantah diaorang pasang spy intip malaysia? xdelah pulak.. cuba tengok indonesia, siap demo bagai.

Adakah Bom ini seakan gambar di bawah ini ?. Macammana boleh sampai sana?.. adakah kita dikudakan oleh UK dengan data-data satelitnya yang boleh di dibuat atau dicipta?

Boeing Aircraft Fire Extinguisher 


Saturday, April 12, 2014

Fariq cuba hubungi seseorang sewaktu pesawat terbang rendah?



KUALA LUMPUR: Satu panggilan telefon telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.

Menurut laporan eksklusif akhbar New Straits Times, sumber panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang. (Akhbar tersebut telah menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya

Akhbar Rusia dakwa MH370 kini di Kandahar



TEHERAN 10 April - Sebuah akhbar Rusia tampil dengan teori mendakwa pesawat berkenaan dirampas dan disembunyikan di wilayah Kandahar, Afghanistan berhampiran sempadan Pakistan.
Akhbar Moskovsky Komsomolets yang memetik sumber agensi perisikan Rusia turut melaporkan bahawa

Thursday, April 10, 2014

Penyiasat Jepun Bongkar Penglibatan Israel dan Soros

Kembar MH370 - Penyiasat Jepun Bongkar Penglibatan Israel dan Soros | Ia bukan semata-mata satu kebetulan, apabila rahsia mengenai peranan Mossad dalam rampasan MH370 sudah mula meletup, apabila kedutaan dan konsulat Israel tiba-tiba

GEMPAR! MH370 Didakwa Oleh Perisikan Rusia Dirampas Dan Tidak Terhempas


Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.
Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu; “Semua penumpang masih hidup, mereka telah

Wednesday, April 9, 2014

GEMPAR!!! TEORI YANG SANGAT REALISTIK


Teori yang sangat-sangat realistik.
Penceritaan yang sangat-sangat jelas.
Bermula dari perampasan Drone milik Amerika ke tangan Taliban pada 2 bulan lepas.
Kematian 8 saintis terbaik China.
Hanya kematian yang boleh

Tuesday, April 8, 2014

JOM DAPATKAN DUIT DENGAN MUDAH





MULA2 TAK PERCAYA...TAPI PASTU CHECK... MEMANG BETUL ADA...DUIT DALAM ACCOUNT 
Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera...Peluang untuk anda menjana Income lebih

10 peraturan bapa kepada teman lelaki anak perempuannya!!!btoii ka gf ku??hahahaha..


Kepada Bf anak aku, 

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang

TIPS MENAWAN HATI WANITA




1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.


3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana

~HUJAN & kisah dulu~


Suasana hujan adakalanya membuatkan kita tenang seketika, Situasinya yang sejuk dan nyaman adakalanya menggamit memori-memori lama,,,Cewaah,,, jiwang pulak,,,haa


Tapi sebenarnya suasana hujan nie memg sronok, ntah la kenapa kan,,, sejuk kot,,,

Korang cmna,, ade kisah menarik ke tentang hujan nie?ahahah

Kt Kelantan ni, hujan tak menentu tapi acap juga la hujannya, Lebat lepas tu renyai, berhenti sat pastu hujan balik,,,hurmmm,,,


Ubi rebus dan teh panas,,hurmm sedapnyer,,,ahhaah



teringat kisah dulu-dulu kan,, 
tapi zaman dah berlalu ~ perjalanan kehidupan perlu diteruskan.


THANKS GOD, I FOUND U wahai awekku,,,


Malahan..ko juga giat mgumpul rakan2 dlm fb wahai awekku..kini aku pula jd bisu..hnye mam
pu mlihat rakan2 mu mgomen fb mu..aku xmampu komen kerana ko dah remove aku wahai awekku..(sadis..pestime dalam sejarah kene reject dlm fb..xkn aku lupakn sampai bile2 wahai awekku)
Xp awekku..ak phm..hal ini kerana rkn2 fb ku slalu bg komen yg mmbuatkn

Contohi Sultan Brunei


Pada diri saya la ye.., ini pendapat peribadi saya la ye..., walaupun saya bukan orang Brunei, tapi saya sama Islam macam beliau juga orang yang kat sebelah saya ni..

Beliau la PEMIMPIN yang bijaksana, cerdik lagi cendikiawan. Dia memang bermewah, kereta dan motorsikal aje hampir 4,000 buah. Tapi dia

Monday, April 7, 2014

Nyanyian Lagu 'LET IT GO' dalam 25 bahasa dunia





VIDEO :


Masjid Pertama dibina di Jepun Utuh Hingga Sekarang


Kobe Mosque merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina pada tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe bererti gate of God atau gerbang Tuhan.
Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan Jepun ke atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah menyebabkan kerajaan Amerika memutuskan untuk

KISAH SEDIH SEORANG BAPA DAN ANAKNYA




Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,
“Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba

Copyright© All Rights Reserved duniatanpasempadan2.blogspot.com

Powered By duniatanpasempadan2