LIVE KULIAH
Sunday, September 18, 2016
Monday, March 2, 2015
Monday, February 23, 2015
CONTOH LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
PELAJAR TINGKATAN
ENAM TIDAK TAHU KEHENDAK SOALAN DAN TIDAK TAHU UNTUK MERANGKA DAN
MENGEMBANGKAN IDEA UNTUK MENULIS ESEI.
- PENGENALAN
Pengajian
Am adalah satu mata pelajaran peringkat STPM yang mensepadukan
pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pembelajaran
sepanjang hayat. Kajian ini lebih tertumpu kepada pengenalan kaedah
untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran dalam penulisan esei
pengajian am mengikut teknik yang betul.
- OBJEKTIF KAJIAN
Selepas
kajian ini dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif
berikut :
- Objektif Umum
- Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan esei yg baik.
- Objektif Khusus
- Meningkatkan pemahaman pelajar dalam mengenal pasti kehendak soalan.
- Membantu pelajar mengenal pasti idea utama dalam penulisan esei.
- Meningkatkan kemahiran pelajar dalam merangka dan mengembangkan idea dalam penulisan esei.
- Meningkatkan peratusan prestasi pelajar.
- REFLEKSI PENGAJARAN
- Refleksi Awalan
Pelajar menghadapi
masalah dalam mengenal pasti kehendak soalan dengan tepat. Pelajar
juga tidak dapat untuk mengenal pasti idea-idea utama untuk menulis
esei. Pelajar tidak tahu untuk merangka dan mengembangkan idea dalam
penulisan esei.
- Refleksi Pertengahan
Pelajar telah dapat
mengenal pasti kehendak soalan dengan baik. Pelajar juga sudah dapat
mengenal pasti idea-idea utama dengan baik. Namun, pelajar masih lagi
belum menguasai kaedah untuk merangka dan mengembangkan idea dengan
betul dalam penulisan esei.
- Refleksi Akhir
Pelajar berjaya
menguasai kaedah penulisan esei yang diberikan oleh guru. Di dalam
ujian percubaan, enam orang daripada lapan orang pelajar dapat
menjawab soalan esei dengan baik. Dua orang pelajar lagi dapat
menjawab soalan esei dengan agak memuaskan. Peratus prestasi pelajar
meningkat setiap kali guru memberikan soalan latihan.
- KUMPULAN SASARAN
Kajian ini
melibatkan pelajar Tingkatan Enam Rendah Cekal Subjek Pengajian Am
Penggal 1. Keseluruhan pelajar di dalam kelas ini adalah seramai
lapan oang sahaja yang terdiri daripada enam orang pelajar India dan
dua orang pelajar Cina. Kesemuanya adalah pelajar lelaki.
- PELAKSANAAN KAJIAN
Sebelum guru
melaksanakan kajian tindakan, guru melakukan tinjauan terlebih dahulu
untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar.
- Cara Pelaksanaan :
- Guru meminta pelajar menyalin beberapa soalan esei.
- Seterusnya, guru meminta pelajar untuk mengenal pasti kehendak soalan setiap soalan tadi. Pelajar menghadapi masalah untuk mengenal pasti kehendak soalan dengan tepat. Hal ini merupakan masalah yang besar kerana pelajar tidak akan dapat menjawab soalan esei dengan idea yang relevan mengikut kehendak soalan.
- Kemudian, guru meminta pelajar untuk untuk mengenal pasti idea bagi setiap soalan yang diberi. Pelajar menghadapi sedikit kesulitan untuk mengenal pasti idea-idea utama kerana pelajar kurang pembacaan.
- Guru meminta pelajar ke perpustakaan untuk membuat sedikit pembacaan melalui akhbar-akhbar dan majalah.
- Guru menyediakan contoh-contoh soalan untuk pelajar kenal pasti kehendak soalan. Guru juga meminta pelajar untuk mengenal pasti idea-idea utama bagi setiap soalan. Setelah itu, guru melakukan perbincangan bersama-sama pelajar.
- Seterusnya, guru memperkenalkan kaedah penulisan esei yang betul kepada pelajar. Ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran merangka dan mengembangkan idea.
- Untuk memastikan pelajar faham dengan kaedah ini, guru membahagikan satu idea setiap pelajar untuk dikembangkan mengikut kaedah yang diberi.
- CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Kajian ini boleh
dilakukan kajian lanjutan bagi menyelesaikan masalah pelajar yang
memerlukan sokongan dalam mendapatkan idea dalam menghurai penulisan.
Pengkaji seterusnya memerlukan penekanan kepada corak persembahan
penulisan pelajar dengan mengambil kira olahan isi pengajaran dan
isu-isu semasa.
- KESIMPULAN
Idea dan kaedah
penulisan yang betul merupakan aspek yang perlu ditekankan pelajar
dalam mendapatkan keputusan yang baik dalam pesembahan penulisan.
Guru perlu memberikan penekanan kepada pelajar dalam aspek menggali
idea dalam mendapatkan maklumat yang baik. Tanpa pembacaan tambahan
pelajar tidak dapat mengetahuan berkenaan topik pengajaran dengan
baik. Nilai pembacaan mampu mengembangkan idea pelajar dalam merangka
penulisan agar memberikan hasil yang terbaik. Pelajar perlu membuat
pembacaan yang lebih mengenai isu-isu semasa untuk memastikan pelajar
dapat mengenal pasti idea-idea utama dalam penulisan esei.
Seterusnya, kajian
tindakan ini diharap dapat membantu pelajar dalam meningkatkan
kemahiran dalam merangka dan mengembangkan idea penulisan dengan
betul dan tepat. Pendekatan yang mudah digunakan dalam kajian ini
supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran
pembelajaran dengan baik.
- BIBLIOGRAFI
Pusat
Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam
Pengajaran & Pembelajaran
,Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Jurnal
Kajian Tindakan , Sekolah - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009
Zain
Abd Hamid. 2008 Pengenalan Kajian Tindakan Di Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur
- LAMPIRAN
AKAL
Imam
Ghazali di dalam kitabnya 'Ihya Ulumuddin', mendefinisikan akal
sebagai sumber ilmu, tempat timbul, dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku
daripada akal sebagaimana berlakunya buah-buahan daripada pohon kayu,
sinar dari matahari dan penglihatan daripada mata. Akal juga sering
ditakrifkan sebagai alat perubahan berfikir, menimbang buruk baik,
atau merasakan segala perubahan keadaan, sehingga dapat mengambil
manfaat daripadanya. Tegasnya, akal ialah nur (cahaya) yang
dibekalkan oleh Tuhan kepada manusia.
Akal
ialah satu senjata atau kekuatan pemberian Allah yang amat berharga
kepada setiap insan. Antara seluruh makhluk ciptaan Allah, manusialah
golongan yang paling sempurna, terindah, terbaik, serta terhormat
sekalipun manusia bukan makhluk yang terbesar atau tertinggi. Hal ini
diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang
bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan." (Surah At-Tiin, ayat 4)
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan." (Surah At-Tiin, ayat 4)
Dengan
dibantu oleh pancaindera yang lima, akal dapat membezakan antara
hitam dan putih, tinggi dan rendah, buruk dan baik, merugikan dan
menguntungkan, yang merosak atau membaiki, dan sebagainya. Bahkan,
dengan akal itu manusia telah berjaya mencipta alat-alat moden yang
mengagumkan.
Fungsi dan Peranan Akal
Fungsi dan Peranan Akal
Fungsi
utama akal adalah untuk mengenal Tuhan-Nya, memerhatikan segala
kekuasaan-Nya, melihat segala keindahan alam serta kebesaran
kudrat-Nya supaya dapat menyingkap perkara yang tersembunyi di
sebalik rahsia-rahsia itu. Fungsi ini selaras dengan penegasan yang
pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Akal itu terbahagi kepada tiga bahagian, sebahagian untuk mengenal Allah, sebahagian untuk taat kepada Allah, dan sebahagian lagi untuk sabar (dapat menahan hati) daripada maksiat akan Allah".
"Akal itu terbahagi kepada tiga bahagian, sebahagian untuk mengenal Allah, sebahagian untuk taat kepada Allah, dan sebahagian lagi untuk sabar (dapat menahan hati) daripada maksiat akan Allah".
Dalam
ajaran Islam, mempergunakan akal, menakluk alam, atau menyelidik
segala perkara, bukanlah tujuan kepada perkara itu sahaja tetapi
supaya kita ingat bahawa di sebalik perkara yang terlihat itu ada
kuasa yang ghaib. Di sebalik hidup sekarang ada lagi suatu kehidupan
yang lebih kekal. Rasulullah s.a.w. juga pernah mengingatkan manusia
supaya menggunakan akal dan fikiran seperti dalam sabdanya yang
bermaksud:
"Wahai manusia! Gunakanlah akal untuk mengenal Tuhanmu! Nasihat-menasihatilah dengan menggunakan akal, nescaya kamu ketahui perkara yang diperintahkan kepadamu dan perkara yang dilarang. Ketahuilah bahawa akal itu menolong kamu di sisi Tuhan mu. Ketahuilah bahawa orang yang berakal ialah orang yang mentaati Allah. Meskipun mukanya cantik, dia orang besar, kedudukannya mulia, bentuknya bagus, lancar dan pandai berbicara, beruk dan khinzir lebih berakal di sisi Allah daripada orang yang menderhakai-Nya".
Al-Quran sentiasa menyeru kaum Muslimin supaya berfikir dan merenung. Seruan ini terdapat di dalam kebanyakan surah. Lapangan yang paling bagus yang boleh diteroka oleh akal manusia ialah kejadian langit dan bumi. Lapangan inilah yang sering disuruh kita memikirkannya. Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang menjadi keterangan bagi orang yang mengerti, yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk, ketika berbaring, dan memikirkan tentang kejadian langit dan bumi". (Surah Al-Imran, ayat 190-191).
Nikmat dan Syukur
Sebenarnya, akal ialah sebesar-besar nikmat dan kurnia yang diberikan Tuhan kepada manusia kerana akal itu akan melindungi dan memeliharanya daripada segala bahaya dan mala petaka yang akan mencelakakannya. Dengan akal, manusia akan takut kebesaran Allah, lalu menahan jiwanya daripada menurut nafsu, sehingga dia dijanjikan tempat di syurga.
Tetapi jika jiwanya dikuasai oleh keinginan yang jahat sehingga pemikirannya dibelit oleh telunjuk nafsu dan syahwat, maka sesungguhnya tempat yang disediakan untuknya ialah neraka Jahanam. Allah telah mengancam akan menyeksa mereka yang lalai dan tidak menggunakan pemikiran untuk mengenal Tuhan dan melihat kekuasan-Nya, lalu dia sesat dan terjerumus dalam pelbagai kesalahan dengan pilihannya sendiri.
Hal ini disebabkan ilmu yang paling tinggi ialah mengenal Tuhan dengan sebenar-benarnya membawa kepada tahap keyakinan yang disebut sebagai haqq al-yaqin. Tetapi tidak ramai orang yang menyedarinya, malah bertindak membelakangi jalan yang selamat dengan memandang ringan nikmat akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepadanya. Dia lebih suka tinggal dalam kejahilan. Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud:
"Kami beri mereka telinga, mata, dan hati tetapi telinga, mata, dan hati mereka itu tiada berguna kepada mereka barang sedikit pun." (Surah Al-Ahqaf, 26)
Allah s.w.t. telah membezakan antara seorang pemikir yang menggunakan fikirannya untuk berfikir dan meneliti dengan seorang yang lalai dan bodoh yang mengetahui dan memerhatikan.
Yang pertama, Tuhan menyifatkannya sebagai seorang yang celik dan yang kedua sebagai seorang yang buta, lalu Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Katakanlah, adakah sama si buta dengan si celik, tidaklah kamu mahu berfikir." (Surah-Al- An'am, 50).
Alangkah tepat sekali diskripsi terhadap orang yang berfikir iaitu sebagai seorang yang celik dan melihat segala sesuatu dengan penuh pengertian. Justeru, dapat dikatakan bahawa pemikiran ialah jalan untuk mencari kefahaman, penelitian dan kesahihan. Tuntutan Allah s.w.t. supaya ilmu dan fikiran manusia diintegrasikan dengan keimanan terhadap Allah s.w.t. supaya membolehkan orang yang berilmu, ahli sarjana, pemikir, ahli sains, cendekiawan, ilmuwan, dan ulama membangunkan masyarakat serta alam sekitarnya sebagai usaha pengabdiannya kepada Allah s.w.t.
Setelah kita mengetahui kepentingan dan kedudukan fungsi akal, maka menjadi tanggungjawab setiap insan untuk memelihara akal itu. Agama Islam menyuruh umatnya menjauhi dan meninggalkan segala makanan, minuman, dan perbuatan yang boleh merosakkan akal. Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan dan makan makanan yang merosakkan kesihatan. Islam telah menerangkan cara seharusnya mengunakan waktu supaya tidak menyalahi tabii hidupnya.
Hal ini kerana, orang yang menggunakan waktu bukan pada tempatnya akan merosakkan akal fikirannya seperti orang yang selalu berjaga malam atau banyak tidur pada waktu siang. Kesimpulannya, Allah telah meletakkan akal itu di tempat yang mulia dan mengingatkan manusia supaya tidak berbuat sesuatu, melainkan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat. Rasulullah sendiri pernah bertanya kepada Jibrail a.s.:
"Apakah yang mulia? Jibrail a.s.s menjawab: "Akal". Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menjaga kelebihan dan fungsi akal sebagai tanda orang yang bersyukur terhadap nikmat-Nya.

yang selamat menurut Islam
Sebelum
kedatangan Islam, sebelum lahirnya RSAW manusia terlalu memuja nafsu
dan akal, dari orang besar, orang biasa sangat bertuhankan nafsu.
Orang cerdik pandai bertuhankan nafsu dan akal. Sebab itu sebelum
lahirnya Rsaw, sebelum lahirnya Islam orang cerdik pandai ini
terutama berlaku di Rom dan Parsi, lahir ahli2 falsafah atau filosof2
seperti : Aristoteles, Socrates, Plato. Mereka ini sangat menggunakan
akal fikiran, mereka ini menganggap akal fikiran itu Tuhan. Mereka
sangat membesarkan akal, mereka menggunakan akal untuk menentukan
baik buruknya sesuatu hal atau perkara. Itu bagi orang yg cerdik2.
Tapi bagi orang2 biasa, orang bawah, mereka banyak menggunakan nafsu.
Waktu
itu banyak lahir ahli2 falsafah, terutamanya orang2 Eropah, dimana
falsafahnya sangat bersifat teori dan utopia, tak
bersandar ke langit dan tak berpijak di bumi. Di zaman moden ini dari
orang2 Eropah lahir ahli2 falsafah juga tapi agak berpijak ke bumi,
lahir saintis2 yaitu ahli2 sains. Teori2 dari ahli2 sains ini
sebagiannya dapat diamalkan, dimanfaatkan oleh manusia. Tidak seperti
sebelum Islam dulu ahli falsafah, dimana falsafahnya bersifat teori
dan utopia.
Nampaknya Filosof2 dahulu kalau dikaitkan dengan Islam tak begitu
bahaya. Kecuali orang yg bukan Islam. Tapi bila sampai zaman moden
lahirnya filosof yg berpijak di bumi yaitu ahli sains, apa yg
diterokai dapat dibuktikan dan dimanfaatkan manusia. Satu segi
manusia dapat manfaat, orang Islam pun dapat manfaat sama. Tapi dari
sudut lain sangat halus bahayanya bagi umat Islam. Kerana sains itu
dapat sangat memberi manfaat pada manusia termasuk umat Islam maka
falsafah ini sangat mempengaruhi umat Islam. Kalau tidak berhati2
sangat merusakkan aqidah umat Islam.
Memang
dalam ajaran Islam, tidak menolak sama sekali akal. Tuhan pun banyak
menyebut dalam Qur’an : “Mengapa kamu tak gunakan akal”,
“Mengapa kamu tak berfikir”. Itu menunjukkan Islam menyuruh
manusia guna akal juga. Tapi kalau tak berhati2, akal itu diguna
secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, tak bertunjangkan iman,
mungkin boleh membawa pada syirik, syirik moden. Kalau sembah
berhala, sembah patung, itu syirik kuno. Ulama2 pun paham memang
itulah ilmunya. Tapi syirik moden, ulama2, ustaz2 tak paham. Padahal
syirik moden ini umat Islam sudah terperangkap. Tapi ulama2 tak paham
jadi mereka anggap itu tak syirik, tak sesat. Ulama2 sekarang hanya
nampak syirik kuno sahaja.
Apa
jalan keluar bagi umat Islam, tidak menolak akal, dapat menggunakan
akal dan selamat, tak syirik. Jangan pula takut sangat dengan
falsafah, langsung akal ditutup. Umat Islam nanti jadi jumud, jadi
beku. Tapi kalau akal dibesarkan sangat ataupun diguna secara sendiri
tanpa bertunjangkan Tuhan, nanti jadi syirik. Apakah jalan selamat
bagi kita umat Islam menggunakan akal tapi Islam juga dapat
dipertahankan? Kita akan bahaskan secara falsafah.
Bagi
umat Islam yg tak dapat elak gunakan akal, supaya dia amalkan ajaran
Islam itu maju, terbuka, tak jumud, kalau kita hendak gunakan akal,
hendak jadi filosof atau minat dengan falsafah ada beberapa syarat
atau panduan yg kita kena tempuh :
- 1. Fahami dan kena mahir tentang tauhid, syariat dan akhlak
Siapa
yg ada akal, hendak menggunakan akal secara semaksimum mungkin, mesti
mendalami Islam dulu samada usuluddin, syariat atau ilmu akhlak.
Supaya kita mahir dan faham tentang pantang larang dalam hal tauhid,
feqah, dan akhlak. Ini sebagai neraca untuk dapat kita mengimbangi
ilmu falsafah. Supaya kita gunakan falsafah, gunakan akal tak
tersesat. Kalau 3 hal ini tak faham, tak selesai maka kita akan
rusak. Akal akan jadi Tuhan.
- 2. Fahami bahwa akal itu mahkluk, akal itu lemah
Mesti
kita faham akal itu mahkluk. Bila dikatakan mahkluk, ia ciptaan
Tuhan. Bila ciptaan tuhan artinya bukan Tuhan. Kalau dia bukan Tuhan,
Allah itu Tuhan, takkan setanding. Takkankita samakan akal dengan
Allah. Kalau begitu akal itu lemah. Yg tak lemah itu Tuhan, Allah.
Kalau lupakan bahwa akal itu lemah, manusia akan rusak.
- 3. Fahami bahwa kemampuan akal terbatas
Rupanya
akal itu kalau ibarat lautan nampak tak bertepi. Itu menurut mata
lahir. Yg sebenarnya akal itu bertepi, Cuma mata lahir tak nampak.
Kalau orang yang puja akal, dia anggap akal itu luas tak bertepi.
Sebenarnya akal itu bertepi seperti laut. Ibarat laut ada tepi, tapi
mata tak nampak. Kalau ada tepi mestilah ada border. Kalau orang yg
pakar laut. Agak2 dapatkah dia teroka laut semua? Tentu tidak.
Sudahlah laut itu bertepi, kalau teroka pun dapat kerang dapat ikan
sahaja, tak semua khazanah laut dapat. Sudahlah laut itu sempit, yg
didapat juga lagilah sempit. Jadi kalau begitu, kalau laut itu
bertepi, orang pakar laut cari khazanah lautpun dapat sikit. Begitu
juga orang yang guna akal. Sudahlah akal itu bertepi, kalau orang
guna akal sahaja pun dapatlah sedikit. Boleh hanya dapat ikan dan
kerang sahaja. Jadi akal sudahlah bertepi, gunakan akal sahaja, sikit
sahaja boleh dapat. Jadi tak mungkin manusia boleh bertuhankan akal,
tak mungkin manusia dapat gunakan akal untuk tentukan mana yang baik
dan mana yang tak baik.
- 4. Konsep ‘sebab akibat’ bercanggah dengan konsep Islam
Mengikut
sistem akal, atau sistem ilmu falsafah, untuk menentukan betul atau
tidak, melalui sistem ‘sebab dan akibat.’ Bila ada sebab ada
akibat. Bila lahirkan sebab ada natijahnya. Bila lahirkan sebab ada
hasilnya. Itulah dia konsep sebab dan akibat. Inilah yg dipakai ilmu
falsafah, bila ada sebab ada akibat. Contoh :
- bila orang itu jaga badan, makan obat, exercise selalu, makan benda yg berzat, makan ikut time untuk jaga kesehatan. Akibatnya tentu jawabannya sehat. Tapi realitinya banyak orang tak sehat. Berapa orang yg jaga kesehatan tapi tak sehat. Nampaknya teori falsafah itu ternafi, sistem itu ternafikan.
- orang yg rajin belajar baca buku mutolaah, tok gurunya pun mendampinginya. Itu sebab. Akibatnya pandai. Tapi berapa banyak yg tak pandai. Cuma biasanya pandai. Tapi tak mutlak, sistem ternafi. Sistem sebab akibat itu bukan Tuhan, bukan penentu. Jadi kalau kita ceritakan sebab lalu dia mesti jadi begian, sebenarnya tidak.
- yg banyak bekerja adatnya kaya. Tapi kenyataannya berapa orang gigih bekerja tapi tak kaya.
Kalau
begitu nampak oleh kita usaha itu seolah2 kita ada daya, seolah2 itu
perbuatan kita. Padahal tidak demikian. Tuhanlah yg tentukan. Sebab
usaha itu juga Tuhan yg tentukan. Sebab itu ada yg gagal ada yg
berjaya. Kita fikir usaha kita dan tenaga kita dan hasil nya dari
kemampuan kita. Sebenarnya bukan begitu. Yg sebenarnya usaha itu
sendiri Tuhan yg aturkan. Sebab itu ada yg berjaya ada yg tak. Kdg2
ada yg usaha sikit, kaya, yg usaha banyak papa. Itu menunjukan usaha
itupun dari Tuhan. Kita rasa manusia ada daya. Sebab itu usaha itu
tak mutlak, ada yg berjaya ada yg tak berjaya. Sebab itu menurut
keyakinan umat Islam, Tuhan suruh usaha yg halal dengan niat kerana
Tuhan, untuk diberi pahala oleh Tuhan. Bukan untuk hasil. Bukan usaha
itu mutlak dapat hasil 100%. Tuhan suruh itu untuk dapat pahala
sahaja. Jadi artinya usaha dan keupayaan itu dari Tuhan. Contoh,
walaupun seorang ingin sangat berusaha, tapi kerana dia sakit, maka
dia tak boleh buat usaha. Jadi ada waktu2 usaha kalau Tuhan tak
bagipun kita tak boleh buat.
- 5. Taqwa adalah usaha bersifat maknawi
Disinilah
Tuhan menetapkan kita usaha untuk lahirkan sebab. Walaupun gigih
sampai tak tidur malam, usaha lahir bernilai 10%. Taqwa itu
kebanyakan umat Islam tak anggap sebagai usaha. Tapi disisi Tuhan
taqwa adalah usaha yg bersifat maknawi, bersifat tesirat, bernilai
90%. Gabungkan dengan usaha 10% supaya jangan tak guna akal langsung
supaya umat Islam tak jadi beku. Tapi Umat Islam tak anggap taqwa itu
usaha, Ulama pun kata bukan usaha. Ulama pun sudah jahil, dia anggap
hanya guna tangan itu usaha. Taqwa adalah usaha maknawi rohaniah yang
mendatangkan bantuan besar dari Tuhan. Kalau usaha lahir mana boleh
lawan Amerika. Yg 90% dia sudah buang, tinggal 10%, bagaimana boleh
dapat kejayaan?
- 6. Bersandar hanya dengan akal, menjadikan manusia tak tahan uji
Samada
ahli falsafah kuno maupun moden, ahli sains yg gunakan aqal sahaja,
ertinya tak bermasyarakat tapi orang tak pernah komen tak mainstream
tapi kerana di puja orang tak cacatlah, sebenarnya mereka duduk
sahaja guna aqal. Apa terjadi? ahli sains sudah lah tak mainstream,
dia gunakan akal, dia anggap hidup tak ada ujian, dia anggap bila
guna akal, aqal dapat ditajamkan, semua boleh selesai dengan akalnya.
Tapi dia tak fikir dalam hidup ini ada ujian2. Kadang2 sakit, kadang2
orang kata, kadang2 bencana alam, dll. Bila bencana alam, dia akan
gunakan aqal untuk fikir bagaimana supaya baik, bila sakit dia fikir
bagaimana supaya baik. Fikir, duduk termenung sahaja (tak bertindak,
tak cari obat) sebab itu banyak ahli falsafah akhirnya jadi bodoh,
akhirnya kecewa berhadapan dgn keadaan, akhirnya putus asa, bunuh
diri.
Jadi
itulah panduannya, ilmu ini umat Islam mesti ada terutama ulama,
kalau ada ilmu/panduan2 ini, bila umat Islam gunakan aqal sangat
cantik. Dia akan jadi progresif tapi tak syirik dengan Tuhan, tapi
hari ini ulama2 pun apa2 hal gunakan aqal, hal dadah pun gunakan
aqal, timbul isu kondom, jarum, seolah2 aqal adalah segala2nya boleh
selesaikan masalah.
Peranan Wahyu
Wahyu adalah petunjuk daripada Allah yang
diturunkan atau diwasilahkan melalui para Nabi dan Rasul-Nya. Ia
menjadi panduan yang hadir daripada Allah buat hamba-hamba-Nya.
Namun, walaupun wahyu itu nyata telah tersebar
dan disampaikan oleh para utusan-Nya, manusia tetap ingkar dan alpa
kerana ada musuh kepada wahyu yang disampaikan, iaitu nafs dan
syaitan. Tanpa kedua-dua ancaman ini, sudah tentu semua manusia
taat kepada Allah tanpa seseorang pun yang melanggar perintah-Nya.
Tetapi, inilah hakikat penciptaan dunia, tempat menguji siapakah yang
layak mendiami kampung akhirat yang kekal abadi.
Sesiapa yang tidak menurut nafsu dan syaitan
maka merekalah yang layak itu syurga Allah. Sesiapa yang sentiasa
menjadi hamba kepada nafsu dan syaitan, nantikan sahaja azab dari
neraka Allah.
Nauzubilliminzalik.
Kini, peranan wahyu telah berakhir setelah
kewafatan Baginda Nabi s.a.w. Wahyu tidak lagi disampaikan kepada
setiap permasalahan umat manusia tetapi Nabi s.a.w telah mewariskan
dua perkara yang nyata bertepatan dengan peranan penyampaian wahyu
dari Ilahi. Iaitu al-Qur’an dan Hadith Nabi s.a.w. Jadikanlah ia
rujukan sepanjang zaman. Jika tidak, manusia pasti akan tersesat dan
menyimpang dari jalan kebenaran selama-lamanya.
Peranan Akal
Akal adalah buah yang menjadikan manusia ini
indah di mata dunia. Tanpa penciptaan akal, antara manusia dengan
haiwan adalah tiada bezanya, malah lebih buruk lagi daripada itu.
Peranan akal untuk berfikir dan menilai akan
sesuatu perkara yang terjadi. Sebaik-baik peranan akal adalah kembali
merenung akan terciptanya setiap kejadian seperti langit dan bumi,
bulan dan bintang, matahari, galaksi, dan sebagainya lagi. Apabila
benar-benar merenung akan betapa indah, hebat, dan takjubnya setiap
yang berputar, bergerak, berfungsi, dan menjalankan tugas
masing-masing, akan terasa betapa lemahnya manusia yang tidak mampu
mencipta dan bergerakkan reka ciptanya seperti pergerakan alam ini.
Hinggalah ke suatu tahap, akan merasakan betapa hebat dan besarnya
keAgungan Allah sebagai yang Maha Pencipta sekalian alam ini, dari
langit ke bumi.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,
dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan,
kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang
berakal.” (Ali
Imran:190)
Namun, setiap yang diciptakan ada had atau
batanya. Akal jua ada batasannya. Peranan akal perlu berpandukan
kepada wahyu, sekiranya tidak, ia hanya menurut nafsu dan syaitan,
yang mengakibatkan melampaui batas sehingga sesat dan menyesatkan.
Tarikat dan Kesesatan.
Dalam banyak rujukan akan kesesatan yang
berlaku dalam gerakan tarikat atau mereka yang menceburi keilmuan
tasawuf, mereka lebih memahami konsep kerohanian dan ketuhanan
berdasarkan teori fikiran dan bukannya berdasarkan pengalaman dan
peranan wahyu yang paling utama untuk dijadikan sebagai landasan.
Banyak kesesatan dalam tarikat berlaku apabila
mereka meletakkan akal untuk menyatakan pendirian mereka. Lebih mudah
faham, mereka meliht kewujudan Allah dan alam kerohanian secara
perumpamaan dan teori berdasarkan apa yang difikirkan.
Apabila berlakunya perkara seperti ini, sedar
atau tidak, syaitan laknatullah telah mengambil peranan untuk mereka
berfikir secara logikal dan hanya melihat dalam suatu andaian.
Andaian ini dilihat menjadi sempurna apabila jiwa mereka merasakan
sebati atau saling melengkapi berdasarkan tamsilan yang telah
dilakukan.
Terciptalah istilah intiqal, ittihad, hulul,
dan ittisal. Mudahnya, intiqal ialah berpindah wujud Allah kepada
wujud makhluk seperti pindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Ittihad, iaitu wujud Allah dengan wujudnya makhluk, seperti emas dan
tembaga menjadi suasa. Hulul, iaitu wujud Allah dalam wujud makhluk
seperti air masuk ke dalam kendi. Ittisal, iaitu saling hubungan
wujud Allah dengan wujud makhluk seperti manusia dengan
anggotanya.
Keempat-empat perkara ini telah sesat dan
menyesatkan. Apabila akal berfikir melampaui batas, maka kesesatan
akan terjadi. Malah, tiada dalil naqli yang menyokong dan tiada
ulama’ tasawuf yang berpegang kepada al-Qur’an dan Hadith
berdasarkan dalam syariat yang menjadikan istilah ini benar dalam
konsep ketuhanan dan alam kerohanian.
Syaikh Abu Hafs Suhruardy, dalam kitabnya
‘Awarif al-Ma’arif berkata:
“Setiap hakikat yang disanggah oleh syariat
maka ia zindik (sesat).”
Imam Abu al-Qasim al-Qusyairi berkata:
“Tiap-tiap hakikat yang tidak berkaitan
dengan syariat maka ia tidak berhasil.”
Syaikh Abu al-Husain al-Nuri berkata:
“Barangsiapa yang anda lihat mendakwa
berserta Allah suatu hal yang mengeluarkannya dari ketentuan (batas)
ilmu syariat, maka janganlah sekali-kali anda mendekatinya.”
-amaran: sekiranya tidak difahami, jangan
pening-pening dan fikir bukan-bukan. Nanti tersesat sendiri.
Istighfar, dan zikir kepada Allah mohon dikembalikan ketenangan.
Insya-Allah
Monday, June 9, 2014
Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati
Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
... 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".
kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".
dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".
dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.
"Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian
Siratul Mustaqqim nanti".
dengan.
"Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian
Siratul Mustaqqim nanti".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku".
dengan,
"Ya Allah, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku".
Nota:
Jika rasa susah sangat hendak ingat semua itu, maka buat permulaan buat yang no 7 sahaja dulu pun tidak mengapa ya.
Jika rasa susah sangat hendak ingat semua itu, maka buat permulaan buat yang no 7 sahaja dulu pun tidak mengapa ya.
Silalah SHARE untuk kebaikan bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)