Monday, February 23, 2015

CONTOH LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

PELAJAR TINGKATAN ENAM TIDAK TAHU KEHENDAK SOALAN DAN TIDAK TAHU UNTUK MERANGKA DAN MENGEMBANGKAN IDEA UNTUK MENULIS ESEI.

  1. PENGENALAN
Pengajian Am adalah satu mata pelajaran peringkat STPM yang mensepadukan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pembelajaran sepanjang hayat. Kajian ini lebih tertumpu kepada pengenalan kaedah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran dalam penulisan esei pengajian am mengikut teknik yang betul.

  1. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut :

  • Objektif Umum
  • Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan esei yg baik.
  • Objektif Khusus
  • Meningkatkan pemahaman pelajar dalam mengenal pasti kehendak soalan.
  • Membantu pelajar mengenal pasti idea utama dalam penulisan esei.
  • Meningkatkan kemahiran pelajar dalam merangka dan mengembangkan idea dalam penulisan esei.
  • Meningkatkan peratusan prestasi pelajar.


  1. REFLEKSI PENGAJARAN

  1. Refleksi Awalan
Pelajar menghadapi masalah dalam mengenal pasti kehendak soalan dengan tepat. Pelajar juga tidak dapat untuk mengenal pasti idea-idea utama untuk menulis esei. Pelajar tidak tahu untuk merangka dan mengembangkan idea dalam penulisan esei.

    1. Refleksi Pertengahan
Pelajar telah dapat mengenal pasti kehendak soalan dengan baik. Pelajar juga sudah dapat mengenal pasti idea-idea utama dengan baik. Namun, pelajar masih lagi belum menguasai kaedah untuk merangka dan mengembangkan idea dengan betul dalam penulisan esei.

    1. Refleksi Akhir
Pelajar berjaya menguasai kaedah penulisan esei yang diberikan oleh guru. Di dalam ujian percubaan, enam orang daripada lapan orang pelajar dapat menjawab soalan esei dengan baik. Dua orang pelajar lagi dapat menjawab soalan esei dengan agak memuaskan. Peratus prestasi pelajar meningkat setiap kali guru memberikan soalan latihan.

  1. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan pelajar Tingkatan Enam Rendah Cekal Subjek Pengajian Am Penggal 1. Keseluruhan pelajar di dalam kelas ini adalah seramai lapan oang sahaja yang terdiri daripada enam orang pelajar India dan dua orang pelajar Cina. Kesemuanya adalah pelajar lelaki.


  1. PELAKSANAAN KAJIAN

Sebelum guru melaksanakan kajian tindakan, guru melakukan tinjauan terlebih dahulu untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar.

  • Cara Pelaksanaan :
  1. Guru meminta pelajar menyalin beberapa soalan esei.
  2. Seterusnya, guru meminta pelajar untuk mengenal pasti kehendak soalan setiap soalan tadi. Pelajar menghadapi masalah untuk mengenal pasti kehendak soalan dengan tepat. Hal ini merupakan masalah yang besar kerana pelajar tidak akan dapat menjawab soalan esei dengan idea yang relevan mengikut kehendak soalan.
  3. Kemudian, guru meminta pelajar untuk untuk mengenal pasti idea bagi setiap soalan yang diberi. Pelajar menghadapi sedikit kesulitan untuk mengenal pasti idea-idea utama kerana pelajar kurang pembacaan.
  4. Guru meminta pelajar ke perpustakaan untuk membuat sedikit pembacaan melalui akhbar-akhbar dan majalah.
  5. Guru menyediakan contoh-contoh soalan untuk pelajar kenal pasti kehendak soalan. Guru juga meminta pelajar untuk mengenal pasti idea-idea utama bagi setiap soalan. Setelah itu, guru melakukan perbincangan bersama-sama pelajar.
  6. Seterusnya, guru memperkenalkan kaedah penulisan esei yang betul kepada pelajar. Ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran merangka dan mengembangkan idea.
  7. Untuk memastikan pelajar faham dengan kaedah ini, guru membahagikan satu idea setiap pelajar untuk dikembangkan mengikut kaedah yang diberi.

  1. CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini boleh dilakukan kajian lanjutan bagi menyelesaikan masalah pelajar yang memerlukan sokongan dalam mendapatkan idea dalam menghurai penulisan. Pengkaji seterusnya memerlukan penekanan kepada corak persembahan penulisan pelajar dengan mengambil kira olahan isi pengajaran dan isu-isu semasa.


  1. KESIMPULAN

Idea dan kaedah penulisan yang betul merupakan aspek yang perlu ditekankan pelajar dalam mendapatkan keputusan yang baik dalam pesembahan penulisan. Guru perlu memberikan penekanan kepada pelajar dalam aspek menggali idea dalam mendapatkan maklumat yang baik. Tanpa pembacaan tambahan pelajar tidak dapat mengetahuan berkenaan topik pengajaran dengan baik. Nilai pembacaan mampu mengembangkan idea pelajar dalam merangka penulisan agar memberikan hasil yang terbaik. Pelajar perlu membuat pembacaan yang lebih mengenai isu-isu semasa untuk memastikan pelajar dapat mengenal pasti idea-idea utama dalam penulisan esei.
Seterusnya, kajian tindakan ini diharap dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran dalam merangka dan mengembangkan idea penulisan dengan betul dan tepat. Pendekatan yang mudah digunakan dalam kajian ini supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran pembelajaran dengan baik.


  1. BIBLIOGRAFI

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah  - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009
Zain Abd Hamid. 2008 Pengenalan Kajian Tindakan Di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur

  1. LAMPIRAN



No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved duniatanpasempadan2.blogspot.com

Powered By duniatanpasempadan2